Entry Profile Shout Linkies Credits
● Welcome ●


Hello ! Nazim here. Yes, you are now at my little blog. Be nice here. Respect mine and i will respect yours. Thank you. Enjoy here.


● Music ●



● Past Tense ●

» Fighting !
» Black Warriors
» Love Letters
» Confuse
» Family
» Waiting
» Upside Down
» New Year
» Hot Stuff
» Injured

Preparation
Friday, August 17, 2012 | 0 comments

Assalamualaikum kpd semua pembaca, Hye, nice to meet you ! 

Okay2. Enough. Huh, hari ini adalah hari yg paling memenatkan buat aku. Dalam penat2 tu pun, hari ini juga merupakan hari yg paling gembira bg aku. Wuu Huuu ! Nak tahu kenapa ? 

Macam ni, ptg td waktu aku tgh lena tido ttbe je teringat yg Mama nak buat kuih raya. Kuih raya yg paling famous dlm rumah ni KUIH GUNTING. Pernah dengar? Mungkin ada yg tak pernah dengar and maybe mungkin ada yg pernah dengar and pernah buat. Tapi ptg td tak jadi buat kuih tu sebab Mama suruh kemaskan rumah dulu. Aku dan Angah apa lagi. Masing2 tunjukkan kehebatan menghias rumah. Keseluruhannya aku lah yg menang sebab kebanyakan perabot kt rumah ni aku yg alihkan. Angah pulak tahu mengarah je. Takpe lah. Aku redha sebab I Am The Only Young & Strong Boy In The House. Huhu. Kalau aku tak tolong diorang, siapa lagi. Drpd tido, tgk tv, menghadap laptop ni je kat rumah, baik aku buat kerja rumah. Dapat pahal sikit. Sikit je kot. Hehe. 

After we have done the task given, (Cehh...)  Abah ttbe ajak aku sekeluarga keluar makan lepas berbuka. Maklum lah, kami buka sikit je. Sebab tu kena keluar. Kalau Abah ajak makan Restoran Firdaose (restoran mamak) depan tu takpe lah lg. Ini dia ajak pergi Kfc, Pizza Hut, A&W. Wow. Dah lah jauh2. Tapi takpe lah, dah Abah ajak, nak buat cam ne kan? Hehe. Sejak dua menjak ni, hubungan aku dengan Abah pun skrg makin rapat. Kalau dulu waktu dia hantar aku balik asrama, sepanjang perjalanan akan terasa sunyi sebab masing2 tak mahu bersuara dalam kereta tu. Huhu. Skrg, macam2 kitorg bualkan. Tapi banyak bual kat kerjaya aku lah sebab aku masih tak tahu nak jadi apa. Abah dengan penuh harapan mengharap kan sangat yg anak lelaki dia sorang ni dapat jadi engineer macam dia. Tapi aku tak pasti sama ada aku nak jadi engineer ataupun tak. Hurrmmm :'( Macam mana ni. 

Anyway, berbalik cerita kita pasal hari ini. Aktiviti aku pada waktu malam disambung balik dengan membuat kuih gunting yg tak jadi nak buat petang tadi. Tapi kali ini, aku yang membuat nya. Tahun2 lepas aku cuma menolong menggorengkan atau mengguntingkannya saja, 
tapi tahun ni, aku yg buatnya dengan tangan aku sendiri. Huhu. Alhamdulillah. Hasilnya sangat memuaskan (setakat ini). Harap kuih tu tak terlalu keras untuk dimakan. Silap2 boleh patah gigi orang. Hehe. Btw, kalau nak tahu lah kan, waktu aku tgh buat tu, Mama pun tolong sekali. Kami pun sembang2 lah waktu buat kuih tu. Waktu aku buat kuih tu, Mama tanya, Kenapa gunting kecik2? Cuba besarkan sikit. Aku pun jawab. Bukan apa Ma, Ajim gunting kecik2 ni ada sebabnya. Mama tanya. Apa sebabnya? Aku dengan selamba membalas. Ajim gunting kecik2 ni sebab dah memang cita rasa Ajim. Jadi, kalau cita rasa Ajim kecik2, maknanya jodoh Ajim org nya mesti kecik2. Hehe. Mak aku ia kan jelah sebab dia tahu kalau bab2 ni aku lagi lancar bercakap drpd dia. Ini lah kata org lagkah pertama dekatkan mak dengan menantu. Hehe. Tapi aku rasa yg lg penting ialah dekatkan diri dengan mak mertua. Lelaki lah kan. Huu ! Seram. Dah lah cikgu. Hehe.

Then, bila difikir2 kan balik, aku baru sedar yg aku buat selama ni, semuanya kecik2. Tade apa2 yg besar sangat, yg paling maximum pun sederhana jelah. Tapi korang mesti nak tahu kan kenapa kecik2 ni menjadi pilihan aku. Cuba ah tanya face-2-face. Ada berani ? Hehe. Cukup lah post utk kali ni. Sbenarnya nak cerita pasal dodol hari tu. Tapi rasa macam malas pulak sebab mcam2 yg berlaku waktu 2. Yg baik ada, yg buruk pun ada. Tu yg tak sedap nak dengar tu. Tapi tape lah. Tgk lah next post nnti kay. Bye.

Kalau ada jarum yg patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Segala yg baik dtg drpd Allah,
Segala yg buruk dtg drpd diri saya sendiri.

Assalamualaikum :D   







OLDER / NEWER

Likes:
- Make a new friendship
- Snapshooting

Hates:
- Anons, Haters, Copypasters
- Liar
- Slow internet connection